Nama: John
Anak Jawit
No Matrik:
D20112054258
.
Nota: Kata
Nama Am
1. Kata yang digunakan untuk menyebut sesuatu benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa secara umum ialah kata
nama am
2.
Kata nama am boleh jadi nama untuk:
a. Sesuatu benda yang bernyawa seperti manusia, binatang, dan yang hidup
seperti tumbuh-tumbuhan. Misalnya:
·
Manusia - ayah, ibu, guru, pekedai, penoreh, seniwati,
dan sebagainya.
·
Binatang – burung, itik, keldai,
serangga, tupai, dan sebagainya.
·
Tumbuh-tumbuhan – bayam, cendawan, lalang,
rumput, sawi, dan sebagainya.
b. Sesuatu benda yang tidak bernyawa, yakni, benda, tempat, dan sebagainya.
Misalnya:
·
Benda – angin, buku, jam, meja, tilam,
dan sebagainya.
·
Tempat – balai, gunung, kampung, negeri,
sawah, dan sebagainya.
3.
Kata nama am ditulis dengan huruf kecil
kecuali pada awal ayat.
Contoh
Pelbagai Kata Nama Am
·
Pelbagai Jenis Kenderaan
Contoh: ambulans, beca, helicopter, bot,
bas, basikal feri, jip, komuter, kereta lumba dan sebagainya.
·
Pelbagai Jenis Pekerjaan
Contoh:
ahli sukan, arkitek, angkasawan, ahli sains, doctor, kerani, mekanik,
petani, guru, jurutera dan sebagainya.
·
Panggilan Untuk Lelaki dan Wanita
Contoh:
abang, kakak, datuk, nenek, ayah, ibu dewa, dara, duda, encik, beliawan,
biduanita, datin, cik, hajah, haji, janda dan sebagainya.
Latihan Kata Nama Am
Pilih
kata nama am di dalam kurungan untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di
bawah ini.
1.
Pihak ______________ meminta kerjasama orang
ramai untuk membanteras kejadian ragut.
(polis, tentera)
2.
Buah _______________ mempunyai bentuk
yang hampir sama dengan buah nangka.
(cempedak, jambu)
3.
Safiah berlari dengan sekuat hati
apabila dikejar oleh seekor ______________. (angsa, ular)
4.
Aliza kecewa kerana _____________
kegemarannya habis dijual di beberapa buah kedai buku tempatnya. (basikal, majalah)
5.
Pertandingan bercerita itu akan
berlangsung di ________________ sekolah selama dua hari berturut-turut. (dewan,
balai)
6.
Zahid tidak menyangka dia akan dilantik
sebagai ________________ pasukan hoki sekolahnya. (pengadil, ketua)
7.
Kakak memasukkan kekabu ke dalam sarung
_______________ . (selimut, bantal)
8.
Nenek meradang kerana pokok
_________________ nya dimakan oleh kambing. (sirih, kelapa)
Penjelasan yang jelas dan latihan yang baik . Saya sangat suka.
ReplyDeleteMaklumat dan latihan berguna kepada pelajar.
ReplyDelete