Tuesday 6 November 2012

pemandangan Ulu Mujong Kapit


Latihan dan kata nama am


Nama:  John Anak Jawit
No Matrik:  D20112054258
.
Nota:  Kata Nama Am
1.       Kata yang digunakan untuk menyebut sesuatu benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa secara umum ialah kata nama am
2.      Kata nama am boleh jadi nama untuk:
a.         Sesuatu benda yang bernyawa seperti manusia, binatang, dan yang hidup seperti tumbuh-tumbuhan.  Misalnya:
·         Manusia -  ayah, ibu, guru, pekedai, penoreh, seniwati, dan sebagainya.
·         Binatang – burung, itik, keldai, serangga, tupai, dan sebagainya.
·         Tumbuh-tumbuhan – bayam, cendawan, lalang, rumput, sawi, dan sebagainya.
b.       Sesuatu benda yang tidak bernyawa, yakni, benda, tempat, dan sebagainya.
Misalnya:
·         Benda – angin, buku, jam, meja, tilam, dan sebagainya.
·         Tempat – balai, gunung, kampung, negeri, sawah, dan sebagainya.
3.       Kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali pada awal ayat.
Contoh Pelbagai Kata Nama Am
·         Pelbagai Jenis Kenderaan
Contoh: ambulans, beca, helicopter, bot, bas, basikal feri, jip, komuter, kereta lumba dan sebagainya.
·         Pelbagai Jenis Pekerjaan
Contoh:  ahli sukan, arkitek, angkasawan, ahli sains, doctor, kerani, mekanik, petani, guru, jurutera dan sebagainya.
·         Panggilan Untuk Lelaki dan Wanita
Contoh:  abang, kakak, datuk, nenek, ayah, ibu dewa, dara, duda, encik, beliawan, biduanita, datin, cik, hajah, haji, janda dan sebagainya.

Latihan Kata Nama Am
Pilih kata nama am di dalam kurungan untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini.
1.       Pihak ______________ meminta kerjasama orang ramai untuk membanteras kejadian ragut.  (polis, tentera)
2.      Buah _______________ mempunyai bentuk yang hampir sama dengan buah nangka.  (cempedak, jambu)
3.      Safiah berlari dengan sekuat hati apabila dikejar oleh seekor ______________. (angsa, ular)
4.      Aliza kecewa kerana _____________ kegemarannya habis dijual di beberapa buah kedai buku tempatnya.  (basikal, majalah)
5.      Pertandingan bercerita itu akan berlangsung di ________________ sekolah selama dua hari berturut-turut. (dewan, balai)
6.      Zahid tidak menyangka dia akan dilantik sebagai ________________ pasukan hoki sekolahnya.  (pengadil, ketua)
7.      Kakak memasukkan kekabu ke dalam sarung _______________ .  (selimut, bantal)
8.      Nenek meradang kerana pokok _________________ nya dimakan oleh kambing. (sirih, kelapa)

Monday 5 November 2012

PEMBELAJARAN MASTERI

-->
Pembelajaran Masteri
    Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajari yang boleh digunakan oleh guru mata pelajaran dalam menterjemahkan komponen-komponen yang terdapat dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dalam proses pengajaran dan pembelajaran.  Pembelajaran Masteri adalah pembelajaran yang berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari.  Dalam tema kebudayaan, kesenian dan estetika kaedah ini amat sesuai digunakan.  Melalui pendekatan ini murid diberi peluang oleh guru untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran.  Sumber-sumber teknologi maklumat dan komunikasi seperti penggunaan papan putih interaktif, tayangan video, perisian kursus, permainan komputer pendidikan dan bahan–bahan internet yang terpilih dapat membantu murid menguasai pengetahuan yang spesifik.