Pembelajaran
Masteri
Pembelajaran Masteri adalah pendekatan
pengajaran dan pembelajari yang boleh digunakan oleh guru mata pelajaran dalam
menterjemahkan komponen-komponen yang terdapat dalam mata pelajaran Bahasa
Malaysia dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran Masteri adalah pembelajaran yang
berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Dalam tema kebudayaan, kesenian dan estetika kaedah
ini amat sesuai digunakan. Melalui
pendekatan ini murid diberi peluang oleh guru untuk maju mengikut kebolehan dan
kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan
pembelajaran. Sumber-sumber teknologi
maklumat dan komunikasi seperti penggunaan papan putih interaktif, tayangan
video, perisian kursus, permainan komputer pendidikan dan bahan–bahan internet
yang terpilih dapat membantu murid menguasai pengetahuan yang spesifik.
No comments:
Post a Comment